EMPAT BINTANG MINAT SERTAI KELANTAN FC

TRW Kelantan FC yang sebelum ini sepi dengan persiapan mula merancang strategi apabila bertindak ‘merisik’ empat pemain berstatus bintang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021.

[vc_row][vc_column][vc_column_text]TRW Kelantan FC yang sebelum ini sepi dengan persiapan mula merancang strategi apabila bertindak ‘merisik’ empat pemain berstatus bintang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021.

Pemain yang dikatakan berstatus profil tinggi, di mana sebelum ini pernah menyarung jersi skuad kebangsaan itu menunjukkan minat untuk menyertai Kelantan FC musim ini.

” Jika semua (rundingan) lancar. Kelantan FC sedia mendedahkan nama pemain tersebut kepada peminat.”

Perkara ini memberikan kelegaan buat penyokong TRW Kelantan FC,  kebanyakkan kelab lain bernafsu melakukan mempersiapkan pasukan masing-masing.

“Kalau tidak berjaya, kita akan fokus dengan perancangan yang ada iaitu menggunakan sepenuhnya kudrat ‘ubi muda’. ” Norizam Tukiman, Pemilik Kelab.

Pada musim ini, Kelantan FC bakal disuntik DNA bola sepak Itali dengan kehadiran pengendali import diketuai Marco Ragini juga bersama saf kejurulatihan mereka daripada luar negara.

Dalam pada itu, Norizam Tukiman atau dikenali Zamsaham turut berkongsi berita gembira apabila memaklumkan tiga pemain import baharu Kelantan FC dijadual tiba di Kota Bharu, akhir bulan ini.

“Saya menaruh harapan tinggi kehadiran tiga pemain import itu boleh membantu kelab ini memberi tentangan sengit kepada pasukan lain dalam saingan Liga-M musim ini,” katanya lagi.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *